I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 30 March 2011

Sedihhhh... ;)))

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi....

si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali?

si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?

si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik

si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita,tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita

lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita....

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan,
dari kecil aku....bla bla bla bla bla.....

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian Mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita....

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya...aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla......

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi...cerita aku lagi sedihhhh punya.

si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?

si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...

si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi

si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL DALAM KERETA....UWAAAAAA

Asal Perkataan Karaoke


'Karaoke'merupakan perkataan yang dipetik dari bahasa Jepun.

'Kara' membawa makna kosong manakala 'Oke'pula merupakan perkataan

yang disingkatkan dari perkataan 'okesutora'yang bermaksud 'orkestra'.

Ini bermakna 'karaoke'bermakna orkestra yang kosong.

al-kisah..........





Pandu laju dan memancing

Di sebuah lebuh raya yang kurang sibuk ,Joe memandu keretanya agak laju. Di kiri kanannya juga ada kereta yang bergeraksama laju dengannya. Dalam jarak 2 kilometer selepas itu, Joe ditahan oleh polis trafik.

Polis :Encik disaman ye sebab memandu melebihi 110kmper jam. Sila sain sini ya.....(sambil menyuakan surat saman ).

Joe :Tuan saya rasa tak adil pulak saya sorang jer yang kena saman. Tadi saya memandu sama laju dengan kereta –kereta sebelah-menyebelah saya. Tapi kenapa pulak saya sorang je yang kena saman ?

Polis:Kamu pernah pergi memancing tak?

Joe:Pernah (sambil berfikir,apa kaitan memancing dengan kena saman).

Polis:Kamu pernah ke dapat ikan semua yang kamu nampak?

Joe:???????(terkena sudahhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!)

Tuesday, 29 March 2011

BUNGA MATAHARI JUGA MAMPU BERI KEBAIKAN


Bukan hanya sayur-sayuran serta buah-buahan juga ada khasiat tersendiri untuk kebaikan tubuh kamu . Khasiat pada kelopaknya boleh mengurangkan masalah senggugut ketika datang haid. Ia juga dapat mengurangkan masalah penuaan jika kamu kerap menggosok kelopak bunga ini pada muka . Bijinya juga boleh membantu menambah selera makan selain boleh menyembuhkan penyakit anemia . Sebab itu, minyak biji bunga mataharidigunakan secara meluas di luar negara bagi menggantikan minyak masak ataupun marjerin ketika memasak.

Bijak Tetapi Pelupa


Korang tau tak satu fakta tentang Sir Isaac Newton ialah seorang yang pelupa.Sir Isaac Newton yang telah mencipta kaedah pengiraan memiliki satu kelemahan yang paling ketara iaitu mudah terlupa dengan nama orang termasuklah ahli keluarganya sendiri.....Wah! Ingat orang bijak pandai ni semuanya memiliki daya memori yang superb...rupanya...tetap ada kelemahan tau!

Monday, 28 March 2011

saya sayang mak saya

Hari niey 28 mac....hari spcial tuk mak..mak ingat tak????org ase mak msti ingat kan..kan..kan??
agak nyer mak wat ape skrg nie yer.?? rindu nyer kat mak..mak, mak, org nak sangat duduk ngan mak di hari yang bahagia wat mak nie...lau org ada kat mak, msti mak citer apa yang mak nak citer kan??ala,rindu nyer saat tu mak...dulu-dulu org selalu jea duk dgn mak..selalu teman mak time ayah pergi keje..sekarang mak duk sorang2 kalau ayah pegi keje..mesti mak sunyi kan? kesian kat mak...sayang mak..nanti org balik umh, mak tak sunyi lagi..........sal hari special nie, nanti org call mak erk...tunggu tau....


k la mak...nanti mak tggu org balik tau..org da rindu mak sangat-sangat......
SAYANG MAK..........

Saturday, 26 March 2011

Berdengkur ?

Dekur adalah salah satu penyakit yang banyak dialami oleh sebahagian orang. Dekur adalah bunyi bising yang kurang disenangi. Kepada sesiapa yang mempunyai masalah ini bolehlah mengamalkan petua ini
  1. Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
  2. Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
  3. Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
  4. Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
  5. Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
  6. Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
  7. Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang 
  8. Jauhi rokok. Mengurangkan asap rokok dapat mengelak lelehan dan bengkak tisu hidung dan tenggorok

PENGAJARAN !!!

Kerbau dan Kambing


Kerbau dan KambingSeekor kerbau jantan berhasil lolos dari serangan seekor singa dengan cara memasuki sebuah gua dimana gua tersebut sering digunakan oleh kumpulan kambing sebagai tempat berteduh dan menginap saat malam tiba ataupun saat cuaca sedang memburuk. Saat itu hanya satu kambing jantan yang ada di dalam gua tersebut. Saat kerbau masuk kedalam gua, kambing jantan itu menundukkan kepalanya, berlari untuk menabrak kerbau tersebut dengan tanduknya agar kerbau jantan itu keluar dari gua dan dimangsa oleh sang Singa. Kerbau itu hanya tinggal diam melihat tingkah laku sang Kambing. Sedang diluar sana, sang Singa berkeliaran di muka gua mencari mangsanya.
Lalu sang kerbau berkata kepada sang kambing, "Jangan berpikir bahwa saya akan menyerah dan diam saja melihat tingkah lakumu yang pengecut karena saya merasa takut kepadamu. Saat singa itu pergi, saya akan memberi kamu pelajaran yang tidak akan pernah kamu lupakan."
Sangatlah jahat, mengambil keuntungan dari kemalangan orang lain.

Tuesday, 22 March 2011

proses terjadinya pelangi..

Pelangi merupakan salah satu pemandangan indah yang jarang kita lihat. Jika dilihat, bentuk pelangi seperti busur di langit biru yang muncul kerana pembiasan dari sinar matahari ketika hujan Kira-kira di mana ya pelangi selalunya terlihat? Biasanya pelangi dapat dilihat di daerah pergunungan atau ketika mendung atau ketika hujan baru berhenti turun. Pelangi merupakan satu-satunya gelombang elektromagnetik yang dapat kita lihat. Ia terdiri dari beberapa spektrum warna.Warna apa sajakah yang dapat kita lihat pada pelangi tersebut? Ya, benar, di antara warna tersebut adalah merah, kuning, hijau, biru, jingga, ungu dan sebenarnya ada warna-warna lain yang tidak dapat kita lihat langsung dengan mata. Warna merah memiliki panjang gelombang paling besar, sedangkan violet memiliki panjang gelombang terkecil. Bagaimana pelangi terbentuk ? Cuba kita amati ketika sinar matahari mengenai cermin siku-siku atau tepi prisma gelas, atau permukaan buih sabun, kita melihat berbagai warna dalam cahaya. Apa yang terjadi adalah cahaya putih dibiaskan menjadi berbagai panjang gelombang cahaya yang terlihat oleh mata kita sebagai merah, jingga, kuning, hijau, biru, dan ungu. Panjang gelombang cahaya ini membentuk pita garis-garis paralel, tiap warna bernuansa dengan warna di sebelahnya. Pita ini disebut “spektrum”. Di dalam spektrum, garis merah selalu berada pada salah satu ujung dan biri serta ungu disisi lain, dan ini ditentukan oleh perbezaan panjang gelombang. Ketika kita melihat pelangi, sama saja dengan ketika kita melihat spektrum. Bahkan, pelangi adalah spketrum melengkung besar yang disebabkan oleh pembiasan cahaya matahari. Ketika cahaya matahari melewati titisan air, ia membias seperti ketika melalui prisma kaca. Jadi didalam titisan air, kita sudah mendapatkan warna yang berbeza memanjang dari satu sisi ke sisi titisan air lainnya. Beberapa dari cahaya berwarna ini kemudian dipantulkan dari sisi yang jauh pada titisan air, kembali dan keluar lagi dari titisan air. Cahaya keluar kembali dari titisan air kearah yang berbeza, bergantung pada warnanya. Dan ketika kita melihat warna-warna ini pada pelangi, kita akan melihatnya tersusun dengan merah di paling atas dan ungu di paling bawah pelangi. Pelangi hanya dapat dilihat saat hujan bersamaan dengan matahari bersinar, tapi dari sisi yang berlawanan dengan si pengamat. Posisi kita harus berada diantara matahari dan titisan air dengan matahari dibekalang kita. Matahari, mata kita dan pusat busur pelangi harus berada dalam satu garis lurus.

CERITA LAWAK...

Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It
happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru
jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler
tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked
from the police officer and asked for her driving license and so on but
unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite
major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the
accident scene.So this ****** girl dah gabra tak tahu nak buat camne,
she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu
tanya dia, “AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?”
Pompuan ni pulak jawab, “TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
” So polis tu tanya lagi, “BETUL KER???”
Pompuan tu jawab, “BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER
NGAN HOUSEMATE SAYA.”
So polis tu kata, “YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP”
Lepas tu polis tu tunjuk, “HA!!! ITU KETA SAPA TU??”
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg
malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna
putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak
pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

Saturday, 19 March 2011

Fakta Menarik Tentang manusia


Korang tau tak banyak fakta-fakta yang interesting pasal manusia .
Manusia yang mempunyai tahi lalat lebih banyak dipercayai hidup lebih lama berbanding manusia yang kurang tahi lalat. ..
1. Manusia yang pertama dijangkiti HIV ialah pada tahun 1930an.
2. Wanita mengelipkan mata dua kali lebih berbanding lelaki.
3. Manusia yang bijak dan intelligent mempunyai lebih molekul zink dan kuprum di dalam rambut mereka. (pergh.. sape yang rajin gi wat kajian ini??)
4. Otot yang paling kuat pada seorang manusia ialah lidahnya. (hurmm.. betol la kata pepatah lidah lebih tajam dari pedang eh?)
5. Tubuh kita menghasilkan dan membunuh 15 million sel darah merah dalam sesaat!
6. Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 gallon air liur sepanjang hayatnya.
7. Ada seorang bayi lahir dalam setiap 7 saat. (wahhh!)
8. Anda akan dapat mengesan seekor skunk (yg bau busuk tu) dengan hanya menghidu 0.000000000000071 ounce dari bau nya. (betapa sensitif nya hidung kita...)
9. Kita bernafas lebih kurang 10 million kali setahun.
10. Semakin sejuk suhu bilik tidur anda, lebih tinggi kebarangkalian anda untuk mendapat mimpi ngeri/ buruk.
11. Cuba teka dalam 5 jari kita.. yang mana kukunya lebih cepat panjang/tumbuh? Jawapannya jari hantu / tengah. :)
12. Jari yang paling sensitif ialah jari telunjuk.
13. Nisbah berat otak dan berat badan manusia ialah 1/40 kilogram.
14. Selepas makan terlalu banyak, pendengaran anda akan kurang daripada normal.(hehehe.. cam tak logik je kaitan makan ngan telinga..)
15. Rambut wanita mempunyai diameter 1/2 dari diameter rambut lelaki. (adoii.. sape la yang pegi kira semua nih???)
16. Tulang yang paling kuat pada tubuh seorang manusia ialah tulang dagunya.

Tikus Mampu Mengesan Penyakit TIBI


Korang tahu tak sebenarnya tikus mampu mengesan bacteria penyebab tuberkulosis (tibi)yang juga dipanggil batuk kering dengan tepat malah lebih tepat berbanding ujian makmal. Berdasarkan ujian tersebuttikus jenis Gambia mampu dilatih untuk mengesan mycobacterium tuberculosis iaitu bacteria yang menyebabkan tibi ada dalam kahak manusia. Dalam kajian yang dilakukan universiti Western Michigan AS tikus tersebut didedahkan kepada dua jenis kahak iaitu kahak yang mengandungi bacteria tibi dan kahak yang tidak mengandungi bacteria tibi. Sekiranya tikus itu menghabiskan masa yang lebih lama dengan kahak mereka dihadiahkan kacang dan pisang. Hasilnya tikus didapati memiliki kebolehan untuk mengesan tibi dengan ketepatan sebanyak 86.6%. sebelum ini ,kaedah mengesan tibi ialah melalui pemeriksaan sample kahak pesakit dibawah mikroskop menggunakan sebatian tertentu yang mula diamalkan sejak 100 tahun lalu. Ia dilihat sebagai tidak relevan lagi kerana gagal untuk mengesan sebanyak 60-80 peratus kes positif tibi.

Friday, 18 March 2011

Tsunami in Japan 2011


Gempar dua laman Social Twitter dan Facebook saya tentang Tsunami di Japan . Ada juga tengok status sensei Jepun dan student-student yang berada di Jepun . Semua menceritakan tentang Tsunami serta gempa bumi yang berskala 8.9 skala Ritcher !!

Infographic Tsunami Jepun

Satellite View

Kereta Dibawa Arus

 PARLIMEN SEDANG BERSIDANG KETIKA GEMPA BUMI

 Oil Refinery Terbakar

Monday, 14 March 2011

TENSION ?

Ini la fenomena yang aku saksikan sejak kebelakangan ini.
dan sejujurnya aku sendiri pun memang sungguh dalam emosi yang hampir negatif sekarang ni.

Tapi aku dah set dalam diri aku, aku nak jadi kuat, aku nak jadi bidadari besi..
walau apa pun benda yang datang kat depan aku..
ngehhh (^_^)

Antara fenomena yang hangat sekarang ni barkaitan masalah jiwa raga.memang sekarang semua ni membiak-biak aku dapat baca di status FACEBOOK, or TWITTER mahupun BLOG.
  • Result mid term exam student cfs uia
  • MUET result
  • tension dengan berbondon-bondon assignment dan presentation dan quizesss yang menyerbu dalam satu masa
  • tiba-tiba terfikir tak boleh bawak course yang sedang dihadapkan
  • serabut dengan program sampingan
  • putus cinta
  • konflik keluarga
  • tacink dengan kawan
Bagi aku, semua ini biasa la bagi jiwa remaja..
kalau tak berhadapan dengan semua ni, bukan istilah student laa kot....
tapi apa yang penting sekarang macamana untuk kita kawal perasaan kita untuk hadapi semua tu !! Isitlah student dan busy memang tak dapat dipisahkan.
tapi masa belajar ni laa sungguh menarik sebab kita hanya perlu belajar,
tak perlu susah-susah nak cari duit untuk sara diri sendiri lagi. 
kalau ada yang buat kerja sampingan itu, bonus la untuk kita...


Apa pun, hidup ini adalah pilihan
walau apa jua jenis ujian dan cabaran yang kita terima,
kalau kita pilih untuk happy, kita tentu akan happy, 
dan kalau kita tension tu, sapa yang pilih?kita jugakkk~

so....keep smiling! :)

Sunday, 13 March 2011

opss depan mata saya



opsss..depan mata saya

Baru –baru ini kita telah digemparkan dengan berita kematian seorang pelajar kolej sem 6 akibat kemalangan jalan raya. Selain itu, seorang lagi pelajar kini berada di hospital juga akibat dari kemalangan gara-gara terlanggar seekor babi telah kita dengar.Begitu banyak berita-berita yang mengerikan mengenai kemalangan jalan raya.Kebetulan pada hari sabtu beberapa minggu yang lalu, saya sedang menaiki bas menuju ke pasar tani.. Saya terlihat seorang lelaki yang menunggang motosikal cuba memotong sebuah lori .malang tidak berbau,penunggang motosikal itu tidak dapat memotong lori tersebut lalu bergesel dengannya .Saya lihat penunggang motosikal itu tercampak ke tepi jalan. Mujur pada ketika itu tiada kenderaan yang melalui jalan tersebut. Kalau tidak…………hanya tuhan sahajalah yang tahu.Buat teman-teman sekalian ,sayangilah nyawa anda dan ingatlah orang yang tersayang . Kita mungkin tidak akan mengetahui bila ajal kita……………………..

Friday, 11 March 2011

CARA MUDAH UNTUK MEMAKAI SELENDANG




1. Pakai secara pendek di sebelah kiri + panjang di sebelah kanan (atau ikut keselesaan kowang). Yg di tunjuk ni pendek sebelah kiri. Pinkan di dagu. Tarik yg pendek ke bahu kanan + pin.

2. Tarik selendang sebelah kanan (panjang) meliliti kepala hingga ke sebelah kiri/blakang.

3. Sesudah ditarik, ikut keselesaan kowang untuk pin / ketipkan dengan clip. (dlm gambar di atas yang gunakan hairclip yg panjang dan aku klipkan di tepi telinga.

4. Boleh juga lilit mengikut kretiviti kowang sendiri. 

SELAMAT MENCUBA ^,^

Thursday, 3 March 2011

Fikirkan


Ya insan
Fikirkan sedalam mungkin apa arah hidupmu
Sematkan kedalam jiwa azam kental yang
jitu
Kerna hidup ini bukan untuk bersuka ria
Tetapi ada tujuan dan matlamat yang telah
tersedia untuk di terpa
Ya insan
Fikirkan apa tujuan hidupmu
Carilah didalam diri
Nescaya kau kan ketemui
Satu rahsia yang tak dapat untuk kau
taksirkan sendiri
Ya insan
Aku pun sedang mancari satu kehidupan
yang abadi
Tak sanggup hidup berkelumang dengan
dosa lagi
Kerna hidup ini tiada dua, tiganya lagi
Sampai ajal roh dan jasad takan bersatu lagi.

Siapalah Aku


Kalaulah aku..
seekor burung..
akan aku terbang tinggi...
tapi tak mungkin... tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah..
Kalaulah aku..
seekor ikan...
akan aku berenang di lautan dalam...
tapi tak mungkin... tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah...
Kalaulah aku...
sekuntum bunga...
akan aku hiasi dunia seindah yang mungkin...
tapi tak mungkin... tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah...
Kalaulah aku air...
akan aku sirami Kuala Lumpur ini...
yang sedang diCATU air...
tapi tak mungkin.... tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah...
Kalaulah aku...
Kalaulah aku...
Kalaulah aku...
kelakar..kelakar...
kalaulah aku...
Ahh mengarut semua itu...
Yang harus dihadapi ialah realiti bukan
fantasi....
cetusan minda
Di dalam mentari terpercik misteri
lambaian wajah umpama bidadari
kucapai namamu tegak baiduri
didalam lamunan kita menari
mimpi pasti,
datang dan pergi
namun pepohon tetap teguh
walau berbuah ranting rapuh
teguh matlamat jiwa utuh
disimbah racun tidakkan luruh.

Wednesday, 2 March 2011

KATAKAN TIDAKKK ~

wehaaaa! KATAKAN TIDAK for what? ha? nak tau? tak nak? nak? yang kat sana tu nak tau jugak? betul? hoho. ok ok "KATAKAN TIDAK pada ROKOK la! wahh hate it!


Terbaca article ini , eh tiba-tiba ok terpandang, comel la article ni, LOVE it, betul-betul suka~ ok ok, dah siap scan dah. nah hadap ni !

wehaa. kan kan nice :)

pada kaum kamu LELAKI, saya tak suke orang lelaki merokok aww. sebab,


hahaha. ni lah sebab sebab yer. if kau orang nak menag jugak, bagi lima sebab,napa kau orang patut hisap rokok? cakap, cakap. grrr ** ok lah, ada orang cakap merokok ini macho. ap yang macho? kau ornag akan macho bila rupa kau orang jadi macam ni haa..

haha. cukop macho. huh. 

ok lah, abang abang saya pon smoke, nak nasihat, saya ni kan "adek", tak de nya dy nak degor, kurang kurang pon kalau ngah lepak lepak gan dy then dy selamba merokok depan kuhh, mesti dia cakap ''abang kan abang" haha. tak guna betul! ** 

haa, kaum kaum hawa. awak awak suka tak orang lelaki merokok? opss, pada lelaki or sapa sapa lah, at post ni saya tak nak sentuh pasal "wanita merokok" ok. tade kene mengene gan aku. itu semua otak otak pusing sj! haa, balik pada cerita asal, ok wanita, if kau orang nampak lelaki lelaki "macho" tengah merokok rokok ni, selamberr saja wat gaya ini ok.


haha. tade sapa berani nak hempok kau orang ok. GAYA ini DIIKTIRAF KERAJAAN! haha

JANGAN MEROKOK TAW!! **