I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 19 March 2011

Tikus Mampu Mengesan Penyakit TIBI


Korang tahu tak sebenarnya tikus mampu mengesan bacteria penyebab tuberkulosis (tibi)yang juga dipanggil batuk kering dengan tepat malah lebih tepat berbanding ujian makmal. Berdasarkan ujian tersebuttikus jenis Gambia mampu dilatih untuk mengesan mycobacterium tuberculosis iaitu bacteria yang menyebabkan tibi ada dalam kahak manusia. Dalam kajian yang dilakukan universiti Western Michigan AS tikus tersebut didedahkan kepada dua jenis kahak iaitu kahak yang mengandungi bacteria tibi dan kahak yang tidak mengandungi bacteria tibi. Sekiranya tikus itu menghabiskan masa yang lebih lama dengan kahak mereka dihadiahkan kacang dan pisang. Hasilnya tikus didapati memiliki kebolehan untuk mengesan tibi dengan ketepatan sebanyak 86.6%. sebelum ini ,kaedah mengesan tibi ialah melalui pemeriksaan sample kahak pesakit dibawah mikroskop menggunakan sebatian tertentu yang mula diamalkan sejak 100 tahun lalu. Ia dilihat sebagai tidak relevan lagi kerana gagal untuk mengesan sebanyak 60-80 peratus kes positif tibi.

0 comments: