I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 12 April 2011

Tips menduduki peperiksaan

As usual setiap penghujung semester kita semua akan menghadapi Final Exam kan..
suka x??
sebab kelas da habis..
sebab nk naik semester baru..

tapi mst xsuka kan bila start nye final..
eh kwn2..sy pon xske sgt..
tension..bila tension hbis sume jerawat naik..
moody dari pagi ke malam..hbisla sume org igt sy singa..auummm

haa tapi kali ni sy nk kongsi ckitla tips menjelang peperiksaan..
ni rutin sy la kalo exam..selamat mencuba..

1. 1st skali sy akan wat jadual berdasarkn subjek2 yg akan di tempuhi..so list kan dlu..then choose satu hari utk study subjek mane..then bahagikan chapter yg ada..kalo ad 10, so dlm satu hari full boleh la hbiskan dlm 5 chapter..

2. second awk2 semua bole la wt nota pendek dari ape yg awk paham ape yg buku tu mebebel menjela2..awk short kn mengikut kefahaman awk..buat utk setiap chapter ok..

3. lpas habis je satu chapter, trus buat soalan past semester bagi chapter yg awak2 baca tu..dat means bagi setiap chapter yg da khatam bole lah wt soalan pula..ha barula masyuk nk jwb..awk conteng la ckit2 dlm past sem tu supaya next revision utk overall revison awk da le nmpk jwpn n cara soalan yg bakal keluar..

4. kalo bole habiskan seberapa sebyk chapter yg awk2 bole hbskan dlm full satu hari..so esok awk le hbis kan chapter yg tinggal..bergitula seterusnya untk subjek yg lain..

5. Nnt bila awk habs stdy satu buku n semua soalan past semester awk da cover.. awak akan seronok..bak kata sy beronok2 utk ke dewan peperiksaan..awak2 akan jadi excited nk jwb exam..

ELAK PENYAKIT ANOREXIA

Sesetengah ibu bapa menghadapi dilema apabila anak-anak remaja mereka (terutama perempuan) yang sedang membesar enggan atau terlalu memilih untuk makan kerana sentiasa mahu kelihatan kurus sehingga membawa kepada tabiat makan tidak betul.

Keadaan ini boleh membawa kepada gejala anorexia atau bulimia, masalah pemakanan yang sebelum ini hanya kedengaran di kalangan remaja Barat tetapi kini semakin menular di kalangan remaja tempatan.

Berikut beberapa panduan yang boleh diikuti untuk memujuk anak makan:

1. Perkara paling penting sebelum anak, ibu bapa sendiri perlu memahami diri sendiri. Sejauh mana pandangan umum memberi kesan pada pendapat anda berkaitan tentang penampilan dan bentuk badan. Beritahu anak sayangi diri sendiri seadanya. Kemudian jelaskan kaitan genetik dengan bentuk tubuh badan lelaki atau wanita. Pinggul, pinggan dan lengan yang berisi adalah genetik yang diwarisi wanita.

2. Analisis semua aspirasi dan impian anda. Mungkin anda mengharap terlalu banyak daripada anak berhubung dengan penampilan khususnya anak perempuan. Mungkin anda selalu mengkritik anak seperti "jangan makan terlalu banyak" atau "saya lebih menyukai awak, jika berat badan lebih ringan" atau "gaya pakaian ini hanya untuk gadis kurus, seperti model" dan sebagainya. Ayat-ayat seperti itu sebenarnya menjuruskan anak anda kepada masalah anorexia dan bulimia.

3.Bincang perkara-perkara berikut dengan anak anda (lelaki atau perempuan):a. Bahayanya mengubah bentuk badan dengan cara diet yang tidak betul. b. Bertapa bergunanya bersenam untuk kesihatan dan bentuk badan.c. Pentingkan mengamalkan pemakanan berkhasiat.

4.Senaman bukan saja membakar lemak dan kalori, bahkan membuatkan individu lebih berasa gembira.

5.Jelaskan kepada anak bahawa mereka tidak harus mengelak daripada aktiviti (seperti berenang dan menari) hanya kerana orang akan nampak tubuh yang berisi.

6.Ajar anak anda untuk berkawan dengan orang lain terutama wanita bukan melalui penampilan mereka tetapi melalui buah fikiran dan tingkah lakunya.

7.Jelaskan pada anak bahawa imej model kurus yang bergaya hanya dicipta untuk menjual pakaian yang dikenakan.

Galakan anak-anak melakukan aktiviti menyihatkan yang mereka gemari dan selalulah memuji mereka walaupun pencapaian yang kecil. Jangan hadkan jumlah kalori pada makanan anak-anak semata-mata hanya kerana anda mahu mengurangkannya. Sebaliknya, dapatkan nasihat doktor untuk berbuat demikian. Apa yang penting berikan makanan berkualiti dan sihat kepada anak-anak anda.


Tips Penjagaan Rambut Cara Tradisional

Tips Penjagaan Rambut Cara Tradisional,Petua Melebatkan Rambut,Kesilapan Yang Sering Dilakukan Pada Rambut,Fesyen Rambut Pengantin,Tips-gaya rambut,Gaya Rambut Selebriti Hollywood,gaya rambut, gaya rambut moden, gaya rambut cerita, gaya rambut foto, galeri gaya rambut, gaya rambut Malaysia, menunjukkan gaya rambut, gaya rambut folio, rambut gaya rambut, gaya rambut berita, acara gaya rambut, gaya rambut profil, Genetic Koleksi,fesyen rambut masa kini,gaya remaja,Jaga Rambut, Kesilapan Menjaga Rambut, Penjagaan Rambut, Rambut cantik, Rambut Kelumumur, Rambut putus

Tips Penjagaan Rambut Cara Tradisional


kacang-hijau

kacang hijau

1. Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh.

bunga-raya

daun bunga raya

lidah-buaya

lidah buaya

2. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur.Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.


telur

telur ayam kampung


3. Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

selamat mencuba!

risiko kesihatan obesiti

Jika Terlalu Gemuk
-Angin ahmar
-sesak nafas
-Penyakit jantung
-Darah tinggi
-Diabetis
-Herning
-Artristis

Makan Secara Sihat
1. Kurangkan makanan yang berlemak
2. Kurangkan makanan dan minuman manis
3. Kurangkan saiz makanan (hidangan) semasa makan
4. Elak pengambilan makanan ringan antara waktu malam
5. Makan pada waktu yang teratur
6. Lebihkan makanan bijiran penuh, sayur dan buah
7. Minum air sebanyak mungkin

Tumbuhan penyembuh penyakit

Tumbuhan penyembuh penyakit

Nanas

Ia boleh meredakan radang tenggorok dan mengatasi penyempitan pembuluh darah. Untuk mereka yang mengalami masalah berat badan yang berlebihan, buah nanas boleh jugak digunakan untuk menurunkan berat badan. Daun nanas berguna untuk menormalkan pusingan haid yang tidak menentu.

Serai

Seluruh bahagian pohon serai amat berguna didalam perubatab homeopathy. Antaranya astrak serai yang telah disulung. Secara saintifik boleh melegakan demam, menghilang kan sakit perut, melancarkan perjalanan haid dan merawat penyakit reumatik.

Kunyit

Kunyit mengubati senggugut dengan cara mendapatkan pati kunyit dan dibancuh dengan air suam. Kunyit boleh menurunkan paras kolestrol didalam darah kita. Ia juga penawar bagi mereka yang menghidapi masalah gatal gatal kulit dan menyembuhkan demam.

Jambu batu

Amalan memakan jambu amta elok untuk melawaskan sistem penghadaman kita.

Bawang putih

Bawang putih berguna untuk mengurangkan paras kolestrol dalam darah dan menurunkan darah tinggi. Disamping itu bawang putih boleh dijadikan panawar bagi pengidap penyakit kencing manis dan menghilangkan kahak.

Kemuning

Daun kemuning sering digunakan didalam perubatan homepathy. Daunya digunakan mengubati keputihan, mengatasi haid yang tidak teratur, melangsingkan badan serta menghaluskan kulit.

Khasiat Teh

Teh menjadi kegemaran ramai dan diminun hampir setiap masa. Jenis teh juga terdapat dalam pelbagai keluaran seperti teh buah, teh biasa, teh akar atau herba daripada pelbagai tumbuhan. Teh herba selalunya dihasilkan sebagai teh untuk kesihatan. Kaum cina mendakwa ada perhubungan antara kesihatan dengan teh yang nereka minum. Mereka mendakwa teh dapat meningkatkan perjalanan aliran darah keseluruh tubuh. Ia juga dikatakan dapat memperbaiki daya pemikiran serta mental kita.

Meminum teh juga boleh mempercepatkan proses pembuangan alkohol dan lain bahan yang mebahayakan dalam tubuh badan manusia seperti lemak dan nakotik. Antara faedah lain yang dapat diperolehi dengan meminum tehialah dapat meningkatkan daya ketahan tubuh manusia terhadap banyak penyakit. Ia juga dikatakan boleh memacu metabolism dan pengambilan oksigen dalam tubuh kita. Teh juga dapat mengelakkan kita daripada mendapat kerosakkan gigi. Ia juga mengekalkan kulit manusia sentiasa awet muda.

Teh juga dikatakan memberi kesan kesan seperti berikut:

(1) Melindungi tubuh dari panas matahari
(2) Mebantu penghadaman
(3) Melegakan ketidakselesaan dan sengal sengak pada sambungan tulang tulang dalam tubuh kita.
(4) Memenuhi kehausan tekak.



TIPS MAKANAN SECARA SIHAT

Setiap hari, paling tidak sekali pasti kita akan makan. Bagi yang hendak diet pulak, hanya akan makan makanan yang tidak besar kalori, kalsium dan lemaknya kerana takut manjadi gemuk. Tapi sejauh mana pula makanan yang anda makan, mampu menbuat anda sihat. Di bawah ini diperuntukkan tips bagaimana mendapatkan makanan yang sihat untuk tubuh.

1. Pilih nasi kosong dan makan bersama lauk yang kurang lemak dan sayur.

2. Gunakan hanya sedikit marjerin, mentega, kaya, jem bersam roti bakar, lempeng dan biskut kraker.

3. Makan pelbagai jenis mi dan pasta yang diperbuat dari bijirin.

5. Makan mi yang dicampur dengan banyak sayur dan dimasak dengan sedikit minyak sahaja.

6. Makan buah buahan segar setiap hari.

7. Jika anda manganbil bijirin sebagai sarapan, campurkan buah buahan seperti pisang, epal oren dan betik kedalamnya.

8. Amalkan tabiat membawa buah buahan bila anak anak ke sekolah atau bila berjalan jauh dan berkelah.

9. Makan buah buahan segar sewaktu rehat.

10. Pelbagaikan pengambilan protein daripada sumber haiwan dan tumbuh tumbuhan.

11. Banyakkan makan ikan.

12. Makan bijirin dan hasilnya untuk mengantikkan daging.

13. Makan ayam tanpa kulit dan pilih daging tanpa lemak.

14. Kurangkan makan daging, ayam dan ikan yang dimasak dengan lemak. Cuba ubah cara masak dengan mengukus, bakar dan panggang.

15. Dapatkan khasiat terbaik dari telur yang sebaiknya direbus.

ULAM

Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur (direndam sekejap dalam air panas) sebelum dimakan bersamanasi. Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti budu, cencaluk, atau sambal belacan, sebelum dimakan bersama nasi. Ulam sudah terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklahpucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunga.

Sayur-sayuran biasa boleh dianggap ulam apabila dimakan sebegitu sahaja. Ini termasuklah sayur-sayuran seperti timun, kubis dan terung. Selain daripada sayur-sayuran biasa, terdapat satu lagi kumpulan ulam ialah ulam tradisional. Ulam tradisional lebih meluas penggunaannya termasuk digunakan sebagai ulam biasa, sebagai bahan masakan seperti dalam penyediaan nasi ulam atau nasi kerabu dan masakan sayur lemak, dan sebagai bahan perubatan seperti penyakit kencing manis atau darah tinggi.


Ulam tradisional

Di Malaysia lebih daripada 120 jenis tumbuhan telah dimakan sebagai ulam yang terdiri daripada pelbagai keluarga tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tersebut terdiri daripada tumbuhan kecil dan melata jenis semusim seperti pegaga, dan sehinggalah kepada pokok-pokok renek dan pokok- pokok besar jenis saka seperti petai, jering, genuak dan kerdas. Pokok jenis saka adalah pokok yang besar dan tinggi. Biasanya tumbuh liar di kawasan pedalaman, di dusun atau di hutan belantara. Pokoknya boleh meninggi atau menjulang antara 20 - 30 meter. Ukuran lilit batangnya boleh menjangkau antara 2 - 5 m.

INTERNET DAN PERANANNYA

Apabila talian disambungkan ke internet, secara tidak langsung anda telah dihubungkan ke berjuta-juta komputer seluruh dunia yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang boleh dan mampu digunakan. Antara peranan-peranan berikut adalah :

a) . Penggunaan mel elektronik sebagai komunikasi yang mudah dan pantas
Di mana mesej elektronik boleh dihantar dan diterima kepada atau daripada sesiapa sahaja. Setiap orang masing-masing mempunyai alamat e-mailnya yang tersendiri. Ini bertujuan untuk memudahkan pengagihan mesej di kalangan mereka seperti mana penggunaan surat-menyurat. E-mail juga hampir sama dengan surat biasa yang mengandungi alamat, nama dan isi kandungan. Yang membezakannya ialah dari segi penghantaran e-mail tersebut adalah jauh lebih pantas dan ekonomi berbanding yang lain dan proses tersebut berlaku dalam setengah saat sahaja (mengikut kajian). Email ini juga boleh digunakan untuk menghantar lampiran secara bersama. Antara domain yang ditawarkan di internet adalah seperti Yahoo, Hotmail dan sebagainya.

b) . Perbincangan ( bersembang ) sesama manusia di IRC

IRC atau Internet Relay Chat adalah suatu yang cukup digemari dalam internet sejak kebelakangan ini. Pengguna boleh berinteraksi sesama mereka dalam talian tersebut dengan hanya menggunakan papan kekunci bagaikan bercakap di dalam telefon. Ini adalah jauh lebih ekonomi daripada penggunaan telefon. Ketika ber’IRC’ ini, anda akan berada di dalam sebuah bilik sembang (chatroom), terdapat pelbagai bilik-bilik sembang yang mempunyai nama-nama yang unik. Di sinilah anda akan dapat berkomunikasi secara ‘on-line’ mengenai topik yang diwar-warkan. Antaranya ‘Small Business’, ‘Business Law’, ‘Rule And Accounting’ dan banyak lagi. Bilik-bilik tersebut membolehkan anda berhubung secara terus dengan pakar-pakar dalam bidang-bidang tertentu dari serata dunia dengan hanya kos satu penggilan telefon tempatan.


Pelbagai maklumat akan dapat diakses di mana-mana sahaja di merata dunia. Pengguna internet dapat pergi ke lokasi mana-mana sahaja yang diinginkan maklumatnya samada dalam bidang pendidikan, perdagangan, perubatan dan lain-lain. Pengguna boleh menggunakan enjin pencari yang banyak terdapat di internet untuk mendapatkannya. Yang penting, rentetan yang hendak dicari ditentukan, manakala enjin pencari tersebut akan menentukan mana-mana pelayan yang disambung. Keputusan carian akan memaparkan nama fail, saiz, tarikh data dicipta, lokasi dan hos komputer di mana data tersebut berada. Setelah pengguna ini mengetahuinya, FTP (File Transfer Protocol) digunakan untuk memindahkan fail tersebut. Protokol ini membenarkan sambungan rangkaian ke komputer lain dan seterusnya memindahkan fail, sekelompok fail atau keseluruhannya juga boleh memindah pelbagai jenis fail termasuk aplikasi, teks, grafik, audio, video, multimedia dan lain-lain.

khasiat buah tomato

Salam sume. Sedikit update untuk arini. Korang suke x makan buah tomato??Buah tomato atau nama saintifiknya Solanum Lycopersicum L, merupakan sejenis sayur2 juga kadang2 dipanggil sebagai LOVE APPLE. Ramai yang kawan-kawan aku even my mom sendri pelik kenapa la aku suke makan buah tomato.

Marah merah buah tomato adalah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi, yang memyebabkan tomato itu berwarna merah. Likopena ini mengandungi pelbagai khasiat.

Likopena ini mengandungi kebaikan antioksidan yang dapat menlancarkan perjalanan darah dalam badan. Justeru itu, dapat mengelakkan dari penyakit kanser dan juga serangan sakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato. Selain itu, buah tomato baek utk lelaki kerana dapt mengelakkan kanser prostat.

Selain itu, buah tomato jugak kaya dengan vitamin C. Vitamin C atau asid askorbik ini banyak khasiat nye dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Salah satu peranan nye adalah dalam penjagaan kulit. Dengan demikian, buah tomato ini, dapat menghaluskan kulit dan mengelakkan pertumbuhan jerawat.

So kepada sesiapa yang inginkan awet muda, makan la buah tomato banyak2 dan xperlu la korang nk pakai botox.

Friday, 8 April 2011

PANDUAN UNTUK WANITA

PANDUAN PENJAGAAN TUDUNG 

1. Sebaiknya cuci tudung dengan tangan menggunakan bahan pencuci yang lembuat, diikuti penggunaan bahan pelembut. 

2. Ketika mencuci jangan campurkan tudung dengan pakaian lain. 

3. Jangan jemur di tempat terlalu panas, cukup sekadar menganginkan di tempat teduh. 

4. Sebaiknya gantung tudung apabila menyimpannya. 

5. Elakkan memakai tudung ketika rambut masih basah


Fabrik adalah satu faktor penting apabila memilih tudung. Pilihan kain voile(bawal) adalah bertepatan kerana : 

1. Terletak cantik di atas kepala serta memberi keseimbangan. 

2. Ia melekap pada rambut. 

3. Mengalir angin keluar masuk ke kepala. 

4. Menyerap peluh. 

5. Memang selesa dipakai untuk jangka waktu yang panjang. 

6. Baik untuk kesihatan rambut. 

7. Bersesuian dengan cuaca yang panas.

Tips Pemilihan dan Penjagaan Tudung




Pilih tudung daripada jenis kain yang sesuai dan selesa. 

1. Pastikan saiz tudung sesuai dengan bentuk muka. 

2. Jika menggunakan kain yang tidak licin, tidak perlu guna anak tudung. Ini akan memberikan keselesaan kepada pemakai. 

3. Antara kain yang sesuai untuk dijadikan tudung ialah kain bawal, cita campuran, viscose, sutera dan sifon. 

4. Jika menggunakan cekak untuk menggantikan anak tudung, guna cekak yang nipis dan leper. 

5. Pastikan anak tudung tidak dipamerkan sama dengan tudung. Penampilan akan lebih awet muda jika anak tudung tersorok. 

6. Jika guna tudung bercorak, pastikan coraknya samar-samar. 

7. Pilihlah susunan corak yang tidak terlalu tertumpu di sekeliling wajah. 

8. Untuk tudung yang mempunyai kaki di sekelilingnya, pastikan kaki hanya tertumpu di bahagian hujung. Pastikan kawasan kepala bebas daripada sebarang corak. 

9. Gunakan kain polos yang berhias kerawang atau jemeki secara berselerak atau tertumpu di kaki tudung saja jika menghadiri majlis rasmi atau tidak rasmi. 

10. Jangan guna corak abstrak yang kontras dengan budaya Islam seperti kepala buah catur atau unsur binatang seperti harimau atau kuda belang. Unsur ini dianggap kurang sesuai dan tidak sopan. 

11. Jika memilih corak bunga (seperti yang biasa terdapat pada tudung Turki) jangan campur adukkan dengan baju yang bercorak bunga jenis kontras. 

12. Jangan pakai tudung yang sedondon dari segi warna dan corak dengan baju. Ia tidak menarik. 

13. Pilihan tudung yang tepat adalah dengan memilih warna tanah pada baju untuk dijadikan warna tudung. Jika warna baju cerah, pilih warna tanah tudung yang lembut daripada kategori yang sama. Jika warna tanah baju gelap atau suram, pilih warna paling lembut yang terdapat pada baju.

Gaun malam untuk yang bertudung :)


fe011 Gaun malam untuk yang bertudung (News)
PADANAN blaus labuh dan seluar juga menyaksikan gaya segar di majlis rasmi 

MENCARI pakaian yang sesuai untuk wanita bertudung bagi ke majlis formal memang agak menyulitkan. Pilihannya agak terhad. Jalan mudah adalah dengan memilih pakaian rasmi seperti baju kurung atau kebaya. Sebenarnya gaun labuh (maxi) jika kena pada rekaannya boleh dipakai ke majlis formal. Ditambah pula dengan ikatan tudung yang bersesuaian bagi mencipta keanggunan.Inspirasi oleh Wardah Abu Bakar dari DC Collections boleh membantu wanita bertudung untuk memilih pakaian eksklusif ke majlis formal.
Menurut Wardah, pakaian yang dicadangkan juga sesuai untuk dicuba oleh mereka yang tidak bertudung.
Ini kerana gaun labuh dan blaus DC Collections disarankan penggunaan baju dalam (inner) untuk penampilan yang lebih sopan.
“Pemilihan warna DC Collections juga lebih eksklusif dan sesuai dengan warna formal seperti hijau jed dan ungu gelap
“Potongan baju pula kurang menumpukan kepada bentuk badan. Justeru, ia boleh menutup susuk tubuh yang tidak sesuai didedahkan,” katanya.
Wardah turut menggelar koleksinya sebagai gabungan timur dan barat kerana ia diilhamkan daripada gaun petang yang biasa dipakai oleh wanita Barat pada majlis formal.
Bijaknya DC Collections, apabila ia menukar penampilan kebaratan menjadi lebih ketimuran.
Jangan risau untuk memilih tudung sepadan kerana DC Collections turut menyediakan variasi potongan tudung untuk busana yang dipilih.
Jika tidak pasti dengan cara pemakaian, pembantu butik sedia memberi tunjuk ajar. Teruja untuk melihat sendiri koleksi hebat DC Collections, silalah ke butik yang terletak di Jusco Seremban 2, Negeri Sembilan.

Menarik mengenai kopi yang anda perlu tahu


1. Kopi ditemui oleh kambing

Kira-kira seribu tahun dahulu di pergunungan afrika, sekawan kambing terjaga malam setelah memakan biji kopi merah. Pengembala kambing mendapati kambing ternakannya memakan biji dan daun kopi dengan kuantiti yang banyak. Mulai dari saat itu, manusia mula belajar meminum kopi.

2. Kopi yang baik bergantung pada kaedah memanggang dan penghancurannya.

Jika ingin menikmati rasa kopi sebenar yang enak, ia bergantung pada kaedah penyediaanya iaitu memanggang dan mengisarnya. Semasa memanggang, minyak dari biji kopi akan keluar dan minyak ini akan menambah rasa kopi. Kandungan kafein di dalam kopi berasal dari minyak yang terbit dari hasil pemanggangan biji kopi ini dan jumlahnya bergantung berapa lama ia berada di bahagian paling dasar. Kopi biasa mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi berbanding espresso dan cappucino. Pemanggangan yang lama juga akan menghasilkan kafein yang berlebihan.

3. Kafein bukanlah penyebab rasa pahit kopi

Ramai orang yang beranggapan, semakin pahit rasa kopi, maka makin tinggilah kafeinnya. Hakikatnya tidak!

4. Pengurangan kafein menggunakan bahan kimia

Untuk mengurangi kandungan kafein dalam kopi, sejenis kimia iaitu methylene chloride digunakan.

5. Pengurangan kafein (nyahkafein / decaffein) di dalam kopi tidak menyebabkan kafein hilang 100%

Penyingkiran kafein atau decaffein atau bebas kafein bukanlah menghilangkan 100% kafein kopi. Ia masih kekal di dalam kopi dengan kuantiti yang lebih sedikit. Dengan bahasa mudah, meminum 10 cawan kopi yang dinyahkafein, sama seperti meminum 2 cawan kopi berkafein.

6. Kopi boleh menyegarkan dan berupaya mengurangi rasa mengantuk

Fakta ini mungkin telah diketahui ramai. Meminum kopi berupaya membuatkan kita menahan diri dari mengantuk dan tertidur terutamanya di waktu malam. Bagi penggemar kopi yang tidak bertujuan untuk berjaga malam, sebaiknya minumlah kopi 6 jam lebih awal untuk tidak mengganggu jadual tidur.

5 fakta menarik tentang senyum :



1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

so senyum!!!tak perlu kata apa-apa

Friday, 1 April 2011

Watak manusia berdasarkan bentuk mata

  • Bila bentuk matanyabulat menggambarkan baik hati, suka menolong dan senang bekerja.
  • Bila bentuk matanyalebar menggambarkan jujur, suka berterus terang dan berwibawa.
  • Bila bentuk matanyasipit menggambarkan penuh semangat, tidak mudah putus asa dan hampir selalu mencapai tujuan.
  • Bila bentuk matanyajuling menggambarkan sirik, tidak pernah merasa puas dan hidupnya selalu menderita.
  • Bila bentuk matanyasedan g menggambarkan memiliki hati yang teguh, suka berpetualang.
  • Bila bentuk matanyalonjong menggambarkan suka berpikir muluk, sok pintar