Menurut Wardah, pakaian yang dicadangkan juga sesuai untuk dicuba oleh mereka yang tidak bertudung.
Ini kerana gaun labuh dan blaus DC Collections disarankan penggunaan baju dalam (inner) untuk penampilan yang lebih sopan.
“Pemilihan warna DC Collections juga lebih eksklusif dan sesuai dengan warna formal seperti hijau jed dan ungu gelap
“Potongan baju pula kurang menumpukan kepada bentuk badan. Justeru, ia boleh menutup susuk tubuh yang tidak sesuai didedahkan,” katanya.
Wardah turut menggelar koleksinya sebagai gabungan timur dan barat kerana ia diilhamkan daripada gaun petang yang biasa dipakai oleh wanita Barat pada majlis formal.
Bijaknya DC Collections, apabila ia menukar penampilan kebaratan menjadi lebih ketimuran.
Jangan risau untuk memilih tudung sepadan kerana DC Collections turut menyediakan variasi potongan tudung untuk busana yang dipilih.
Jika tidak pasti dengan cara pemakaian, pembantu butik sedia memberi tunjuk ajar. Teruja untuk melihat sendiri koleksi hebat DC Collections, silalah ke butik yang terletak di Jusco Seremban 2, Negeri Sembilan.
0 comments:
Post a Comment