Apabila talian disambungkan ke internet, secara tidak langsung anda telah dihubungkan ke berjuta-juta komputer seluruh dunia yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang boleh dan mampu digunakan. Antara peranan-peranan berikut adalah :
Di mana mesej elektronik boleh dihantar dan diterima kepada atau daripada sesiapa sahaja. Setiap orang masing-masing mempunyai alamat e-mailnya yang tersendiri. Ini bertujuan untuk memudahkan pengagihan mesej di kalangan mereka seperti mana penggunaan surat-menyurat. E-mail juga hampir sama dengan surat biasa yang mengandungi alamat, nama dan isi kandungan. Yang membezakannya ialah dari segi penghantaran e-mail tersebut adalah jauh lebih pantas dan ekonomi berbanding yang lain dan proses tersebut berlaku dalam setengah saat sahaja (mengikut kajian). Email ini juga boleh digunakan untuk menghantar lampiran secara bersama. Antara domain yang ditawarkan di internet adalah seperti Yahoo, Hotmail dan sebagainya.
IRC atau Internet Relay Chat adalah suatu yang cukup digemari dalam internet sejak kebelakangan ini. Pengguna boleh berinteraksi sesama mereka dalam talian tersebut dengan hanya menggunakan papan kekunci bagaikan bercakap di dalam telefon. Ini adalah jauh lebih ekonomi daripada penggunaan telefon. Ketika ber’IRC’ ini, anda akan berada di dalam sebuah bilik sembang (chatroom), terdapat pelbagai bilik-bilik sembang yang mempunyai nama-nama yang unik. Di sinilah anda akan dapat berkomunikasi secara ‘on-line’ mengenai topik yang diwar-warkan. Antaranya ‘Small Business’, ‘Business Law’, ‘Rule And Accounting’ dan banyak lagi. Bilik-bilik tersebut membolehkan anda berhubung secara terus dengan pakar-pakar dalam bidang-bidang tertentu dari serata dunia dengan hanya kos satu penggilan telefon tempatan.
Pelbagai maklumat akan dapat diakses di mana-mana sahaja di merata dunia. Pengguna internet dapat pergi ke lokasi mana-mana sahaja yang diinginkan maklumatnya samada dalam bidang pendidikan, perdagangan, perubatan dan lain-lain. Pengguna boleh menggunakan enjin pencari yang banyak terdapat di internet untuk mendapatkannya. Yang penting, rentetan yang hendak dicari ditentukan, manakala enjin pencari tersebut akan menentukan mana-mana pelayan yang disambung. Keputusan carian akan memaparkan nama fail, saiz, tarikh data dicipta, lokasi dan hos komputer di mana data tersebut berada. Setelah pengguna ini mengetahuinya, FTP (File Transfer Protocol) digunakan untuk memindahkan fail tersebut. Protokol ini membenarkan sambungan rangkaian ke komputer lain dan seterusnya memindahkan fail, sekelompok fail atau keseluruhannya juga boleh memindah pelbagai jenis fail termasuk aplikasi, teks, grafik, audio, video, multimedia dan lain-lain.
0 comments:
Post a Comment