I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 8 April 2011

Gaun malam untuk yang bertudung :)


fe011 Gaun malam untuk yang bertudung (News)
PADANAN blaus labuh dan seluar juga menyaksikan gaya segar di majlis rasmi 

MENCARI pakaian yang sesuai untuk wanita bertudung bagi ke majlis formal memang agak menyulitkan. Pilihannya agak terhad. Jalan mudah adalah dengan memilih pakaian rasmi seperti baju kurung atau kebaya. Sebenarnya gaun labuh (maxi) jika kena pada rekaannya boleh dipakai ke majlis formal. Ditambah pula dengan ikatan tudung yang bersesuaian bagi mencipta keanggunan.Inspirasi oleh Wardah Abu Bakar dari DC Collections boleh membantu wanita bertudung untuk memilih pakaian eksklusif ke majlis formal.
Menurut Wardah, pakaian yang dicadangkan juga sesuai untuk dicuba oleh mereka yang tidak bertudung.
Ini kerana gaun labuh dan blaus DC Collections disarankan penggunaan baju dalam (inner) untuk penampilan yang lebih sopan.
“Pemilihan warna DC Collections juga lebih eksklusif dan sesuai dengan warna formal seperti hijau jed dan ungu gelap
“Potongan baju pula kurang menumpukan kepada bentuk badan. Justeru, ia boleh menutup susuk tubuh yang tidak sesuai didedahkan,” katanya.
Wardah turut menggelar koleksinya sebagai gabungan timur dan barat kerana ia diilhamkan daripada gaun petang yang biasa dipakai oleh wanita Barat pada majlis formal.
Bijaknya DC Collections, apabila ia menukar penampilan kebaratan menjadi lebih ketimuran.
Jangan risau untuk memilih tudung sepadan kerana DC Collections turut menyediakan variasi potongan tudung untuk busana yang dipilih.
Jika tidak pasti dengan cara pemakaian, pembantu butik sedia memberi tunjuk ajar. Teruja untuk melihat sendiri koleksi hebat DC Collections, silalah ke butik yang terletak di Jusco Seremban 2, Negeri Sembilan.

Menarik mengenai kopi yang anda perlu tahu


1. Kopi ditemui oleh kambing

Kira-kira seribu tahun dahulu di pergunungan afrika, sekawan kambing terjaga malam setelah memakan biji kopi merah. Pengembala kambing mendapati kambing ternakannya memakan biji dan daun kopi dengan kuantiti yang banyak. Mulai dari saat itu, manusia mula belajar meminum kopi.

2. Kopi yang baik bergantung pada kaedah memanggang dan penghancurannya.

Jika ingin menikmati rasa kopi sebenar yang enak, ia bergantung pada kaedah penyediaanya iaitu memanggang dan mengisarnya. Semasa memanggang, minyak dari biji kopi akan keluar dan minyak ini akan menambah rasa kopi. Kandungan kafein di dalam kopi berasal dari minyak yang terbit dari hasil pemanggangan biji kopi ini dan jumlahnya bergantung berapa lama ia berada di bahagian paling dasar. Kopi biasa mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi berbanding espresso dan cappucino. Pemanggangan yang lama juga akan menghasilkan kafein yang berlebihan.

3. Kafein bukanlah penyebab rasa pahit kopi

Ramai orang yang beranggapan, semakin pahit rasa kopi, maka makin tinggilah kafeinnya. Hakikatnya tidak!

4. Pengurangan kafein menggunakan bahan kimia

Untuk mengurangi kandungan kafein dalam kopi, sejenis kimia iaitu methylene chloride digunakan.

5. Pengurangan kafein (nyahkafein / decaffein) di dalam kopi tidak menyebabkan kafein hilang 100%

Penyingkiran kafein atau decaffein atau bebas kafein bukanlah menghilangkan 100% kafein kopi. Ia masih kekal di dalam kopi dengan kuantiti yang lebih sedikit. Dengan bahasa mudah, meminum 10 cawan kopi yang dinyahkafein, sama seperti meminum 2 cawan kopi berkafein.

6. Kopi boleh menyegarkan dan berupaya mengurangi rasa mengantuk

Fakta ini mungkin telah diketahui ramai. Meminum kopi berupaya membuatkan kita menahan diri dari mengantuk dan tertidur terutamanya di waktu malam. Bagi penggemar kopi yang tidak bertujuan untuk berjaga malam, sebaiknya minumlah kopi 6 jam lebih awal untuk tidak mengganggu jadual tidur.